Thursday 26 April 2012

Harapan Seorang Wanita


Kalau lah kau tahu,
Apa yang mereka rasa,
Apa yang mereka hadapi,
Akibat perbuatan kau,
Bernafsu bak binatang,
Tanpa belas menoda,
Meragut mahkota wanita,
Yang selama ini dijaganya kukuh,
Umpama nyawa mereka sendiri.

Harusnya sebagai seorang lelaki,
Menjadi pelindung bagi wanita,
Menjaga kehormatan mereka,
Menjadi khalifah mereka,
Bantu mereka menjadi insan,
Yang mulia di sisi Allah.

Jika kau dah meragut segalanya,
Apa lagi yang tinggal untuk mereka?
Apa lagi patut mereka harapkan?

Berbekalkan sedikit semangat meneruskan hidup,
Yang tinggal tersisa,
Dengan sedikit harapan untuk membina,
Kehidupan yang lebih sempurna pada masa hadapan.

Ya!!!
Mereka masih ada semangat itu!
Untuk membela nasib wanita yang lain,
Supaya tidak akan pernah sekali-kali terjebak,
Dalam kancah serupa.

# BisikanHatiSiGadisDesa #

Wednesday 25 April 2012

Kesah Hidup Ku

Selamat pagi dan salam 1 Malaysia semua...


Di pagi yang indah ni,hati Gadis rasa sedih secara tiba2..Gadis tak tau kenapa tapi perasaan ni buat hidup Gadis kadang2 kacau bilau...Gadis tau bila Gadis kata Gadis mudah stress,asyik migrain je,orang akan kata Gadis ni lemah semangat,tak bertenaga...Gadis akui tu semua tapi ade sebahagiannya bukan perangai or kelakuan Gadis..Itu disebabkan sakit yang Gadis alami sejak setahun yang lalu...

Gadis akui Gadis agak panas baran orangnye tapi bila dengan kawan2 Gadis akn jadi sangat penyabar..Sebab Gadis tak pandai nak pujuk kawan n Gadis pulak mudah rasa serba salah bila ada owg yang terasa hati dengan sikap Gadis..Tapi berlainan pulak bila Gadis kat rumah,Gadis akn jadi seorang yang pemarah dan kuat memberontak..Mungkin keadaan persekitaran yang buat Gadis berperlakuan sedemikian rupa.Lagipun,siapa yang betul2 rapat ngn Gadis akan tau diri Gadis yang sebenar macam mana sebenarnya.Tapi ni tak bermaksud yang Gadis ni hipokrit cuma sifat tu dah ada sejak kecik lagi lagi..Gadis terlalu menjaga hati kawan sampaikan kadang2 perasaan Gadis sendiri terabai...

Berbalik kepada kisah Gadis sakit..Gadis sebenarnya sakit yang org laen xnmpk secara luarannya.Sampai sekarang Gadis tak tahu,kenapa dia mengganggu Gadis,apa yang dia nk dan kenapa Gadis yang dipilih?Gdis sendiri tak ada jawapan tu semua.."Dia" mengganggu Gadis dengan menyakitkan fizikal dan mental Gadis secara keseluruhannya.Bila gadis dalam keadaan gemuruh,bahu kanan Gadis akan terasa berat.Kadang2 bila bangun tidur bahagan peha akan ade kesan lebam..Dan yang paling ketara,sebelum tidur kalau Gadis tidur dalam keadaan tak berwuduk,Gadis akan bermimpi hal2 yang menakutkan.Jadi sebelum masuk tidur,Gadis akan pastikan yang Gadis dah berwuduk dan sebelum tidur bce ayt kursi dan 3 Qul.

Dalam tempoh Gadis sakit,semua orang turut terasa tempiasnya.Abah,mama,atuk semua jadi mudah terkejut disebabkan perkara yang berlaku pada Gadis.Sebab kadang2 bila Gadis rasa tak sedap hati,abah dan mama memang tak tido malam dibuatnye.Risau memikirkan Gadis yang mungkin akan mengamuk di tengah2 malam.Paling teruk pernah terjadi bila Gadis mule2 dapat tau yang rupanya Gadis ni terkena gangguan adalah pada malam tue..Gadis ingat lagi.

Malam tu Gadis ingat lagi..Dari pukul 9mlm ke pukul 4 pagi.Gadis mengamuk tak henti2...Gadis ingt ape y brlaku tapi ade jugak yang dah terlupa sikit2..Dan pada keesokan paginya,bila Gadis nak pergi berubat,Gadis rasa lain macam sangat.Badan Gadis berat sangat.Gadis mintak pada nenek utk bagi Gadis Al-quran sebagai pelindung.Gadis peluk kuat2..Sekuat hati Gadis sambil beristigfar...Yang menyaksikan kejadian itu hanya pak cik,mama,abah,ifa(adik bongsu) dan nenek perempuan sebelah emak..Gadis terbaring macam orang yang dah nazak.Gadis rasa susah sangat nak bernafas..Semua orang sekeliling Gadis dah menangis.Abah tak mampu nak teruskan baca ayat Kursi bila tengok keadaan Gadis macam dah dalam sakaratul maut dan nazak .Gadis rasa sedih tapi tak mampu nak berkata2.Walaupun begitu,Gadis tak nampak sesiapa pun.Maksud Gadis malaikat2 ataupun syaitan..Gadis tak nampak mereka.Justeru di situ,buat Gadis yakin yang ajal Gadis belum sampai lagi.Jadi Gadis buat keputusan untuk cuba bangun sekuat hati dan tenaga Gadis..Dan bermula detik itu lah Gadis mula pergi berubat ke sana ke mari..Dan hinggalah ketika saat Gadis menulis di blog ini pun,Gadis masih tak tahu apa yang terjadi sebenarnya.

Gadis cuba untuk jadi lebih kuat,kawal untuk tidak mengamuk lagi,cube utk relaks..Sebab bila Gadis tgh serabut,lagi senang "dia" nak kacau Gadis..Alhamdulillah Gadis mula dapat terima ats ape y brlaku pada Gadis.Gadis elakkan utk bermurung.Elakkan perasaan diperhatikan.Ingat Allah dan ucap kalimah syahadah tiap kali rasa hati dah lain dan bilaman pemikiran jauh melencong daripada landasan syariat Allah..Gadis berserah atas semua ujian yang diberikan Allah.Gadis redha sebab hal ni buat Gadis berfikir secara lebih matang lagi demi sebuah kehidupan yang lebih baik pada masa depan.


Insyaallah...

# BisikanHatiSiGadisDesa #


Semoga Kau Bahagia Duhai Kasihku

Assalamualaikum dan selamat malam semua...

Inilah entry pertama Gadis untuk hari ni...Sebelum ni Gadis dah ade blog tapi blog lame byk sgt kngn sbb name pena yang Gadis gunakan untuk tiap karya yang Gadis buat punya makna tersendiri ..Nama tu sbenarnya gabungan nama Gadis dengan seseorang..Gadis tak tau kenapa Gadis boleh fikirkan diri dia sedangkan sepatutnya bila kita berkarya,kita akn gbungkan dgn nama insan yang kita cinta..Tapi tak tau lah kenapa,bila Gadis nak berkarya,dia adalah sumber inspirasi Gadis.Tapi mungkin sekarang ni dia dah berpunya..Entahlah..Lepas Gadis habis study kt UiTM dulu,itulah kali terakhir Gadis berjumpa dengan dia..Gadis cuba menafikan rasa hati Gadis ni sebab Gadis takut bertepuk sebelah tangan dan mungkin jugak rasa hati Gadis untuk dia sekadar minat ataupun suka semata2 je...Dan Gadis jugak tidak mahu lagi memikirkan perasaan yang tidak pasti itu lagi ..Tambahan pulak,mana lah layak perempuan macam Gadis ni nak berganding ngn "lelaki idaman malaya" macam dia tue...Bila tengok blog Gadis yang sebelum ni,blh kte 60%berkaitan dengan dia..So this time,Gadis tak mau lagi create entry yang berkait dengan diri dia sebab Gadis nak lupakan dia dan jugak "seseorang" ...

Dia dah lama menanti Gadis..10 tahun lamanya..Since sekolah lagi..Die tingkatan 2 Gadis pulak tingkatan 1.Pada mulanya Gadis anggap die abg je..Memang itulah perasaan Gadis pada dia sebenarnya..Tapi dalam masa yang sama,Gadis tak sedar cinta sejati depan mata..Gadis butakan mata,pekakkan telinga bila dia lamar Gadis..Gadis terlalu memilih..Dan sekarang,selepas 10 tahun,akhirnya perasaan Gadis pada dia mulai muncul..Tapi,bila mana Gadis dah mula sukakan die dan pernah merancang masa depan kami,Gadis dapat tahu dia dah nak berkahwin dengan perempuan yang dia suka tapi tak cinta dan dalam masa yang sama terpaksa dengar cakap mak die...

Suka tapi tak cinta - Hal ini terjadi sebab die pernah cuba melupakan Gadis dengan cuba untuk bercinta dengan perempuan lain tapi dia tak boleh..Perempuan tersebut tahu jika hati nya setia pada Gadis seorang dan tika itu sebenarnya Gadis juga sudah terlalu cintakannya...Benarlah kata2 nya sebelum ini pada Gadis :

"Awak sebenarnya sukakan saya,dan saya yakin satu hari nanti awak akan cintakan saya 

kerana saya boleh nampak semua tu pada mata awak..Cuma awak je yang tak sedar.Cinta

saya pada awak ikhlas dan akan tetap kekal begitu hingga saya mati.Ini janji saya pada 

awak."

Ya Allah,sayunya hati Gadis mengenang kembali bait kata tersebut.Lagi sedih bila mengenang kembali hati Gadis ini sebenarnya hanya untuk dia seorang tapi Gadis dah terlambat...Semuanya dah terlambat..Emaknya yang dulunya sukakan Gadis untuk jadi menantunya walaupun tidak pernah bersua muka juga turut bersetuju jika si dia berkahwin dengan perempuan tersebut..Mereka juga pernah buat keputusan untuk berkahwin tapi sejak Gadis muncul kembali,harapan si dia mula berputik kembali.Tapi,nasi dah jadi bubur..Bila difikirkan semula,Gadis umpama orang tengah yang hanya akan meretakkan lagi hubungan yang sedia retak tue...Dalam masa yang sama,si dia jugak punya banyak rahsia yang tidak diceritakan kepada Gadis tak pernah salahkan dia sebab Gadis tau ape juga tindakan yang dia buat adalah bersebab..Dan kerana dia juga lah,hati Gadis mula tertutup pada lelaki lain yang mula mahu menjengah masuk ke dalam hati Gadis nie hinggalah sekarang...

Tika mana Gadis sedang sakit,dia lah yang berada di sisi Gadis.Gadis terharu sangat..Dan kerana hal itu lah buat gadis tidak mahu lagi bercinta dengan lelaki lain.Tapi,apa guna Gadis berharap pada si dia yang bakal berkahwin tak lama lagi..Lagi pulak Gadis juga telah melukakan hati wanita lain dan hal itu buat Gadis bertekad untuk tidak lagi menghubungi si dia dan membenarkan hubungan mereka berdua biarlah berkekalan hingga ke akhirnya...

" Buat awak,belajar lah untuk mencintai dia kerana dialah jodoh terbaik yang terbaik untuk awak di dunia ni..Saya tak mahu berharap tapi hanya mampu berdoa semoga saya tabah dan mampu hadapi tiap rintangan yang datang dalam hidup saya sepertimana mana yang awak pernah beritahu saya sebelum ni.Awak tak lagi ade di sisi saya secara fizikalnya,tapi percayalah hati awak tlah terletak di satu sudut hati saya yang paling dalam..Terima kasih sebab hadir dalam hidup saya,beri saya kekuatan kala saya dalam kesedihan,awak banyak bagi saya dorongan.Terima kasih jugak sebab awak telah hadir dalam hidup saya lalu menyedarkan saya bahawa saya jugak mencintai awak..Tapi mungkin cinta kita setakat itu je..Saya akan simpan semua memori kita seperti yang awak harapkan..Berbahagia lah dengan si dia..Jangan risaukan saya..Allah ada untuk jaga saya di sini...Kita akan berjumpa lagi bila sudah tiba masanya..."

# BisikanHatiSiGadisDesa #

Tuesday 24 April 2012

Sakitnya Ya Allah


Tiap manusia pastinya didatangi dengan dugaan berbeza yang diyakini cubaan yang datang itu mampu dihadapi oleh seseorang manusia tersebut.Di sini,Jiha nak melakar satu puisi untuk menterjermah isi hati mereka yang sedang berjuang melawan sakit samada yang boleh dilihat ataupun sakit yang berkaitan dengan alam ghaib..Bukan mudah untuk menghadapinya.Tanya lah mereka berapa banyak titis air mata mengalir sepanjang perjuangan mereka menghadapi dugaan tersebut.Mari kita hayati bersama......


Badan bak digoncang,
Sakitnya bak ditusuk sembilu,
Dada sesak nafas tersekat-sekat,
Kaki longlai tuk terus melangkah,
Bagai dirantai tak mampu dilawan.

Pedihnya terasa seluruh anggota,
Air mata menitis banyak tak terkira,
Menangisi nasib diri di uji,
Berapa lama lagi kesakitan ini,
Harus ku lalui di duna ini.

Luaran nampak seakan tenang,
Aktif bergerak ke sana ke mari,
Sibuk hal duniawi itu dan ini,
Cuba melawan sakit di dalam,
Yang seringkali datang dan pergi,
Menjengah diri yang serba lemah ini.

Kalau ikut hati yang pilu,
Ingin ku putar masa nan lalu,
Menebus khilaf salah silapku,
Hingga Tuhan marah padak,
Lalu ditimpakan ujian yang hebat ini,
Sebagai satu bntuk peringatan,
Untuk ku lalui dengan redha hati.

Tak ada yang mampu mengerti,
Segala sakit ku rasa kini,
Mereka lihat fizikalku seakan normal,
Namun jika ditelusuri secara dalam,
Mentalku terganggu dengan pelbagai gangguan,
Walau ku tak tahu,
Kenapa,mengapa,apakah dan bagaimana,
Hal seperti ini boleh berlaku,
Aku tak tahu mana nak mula,
Untuk merungkai satu lagi rahsia Maha Pencipta,
Untuk aku telusuri hingga ke akar umbi.

Kawan-kawan,
Ibu bapa,
Kaum kerabat,
Mereka lah penguat semangatku,
Untuk aku terus berjuang demi hidup.

Perjalanan kehidupan harus dilalui,
Biar ada yang mencaci,
Biar ada yang mengeji,
Aku butakan mata,
Aku pekakkan telinga,
Annggap mereka tak tahu apa-apa,
Biarlah.......

Kini,
Ku mampu mengawal keadaan diriku ini,
'Sakit' melibatkan dua dunia,
Aku rasa takut,
Kian takut tatkala aku mampu melihat 'mereka',
Mengancam aku itu dan ini,
Tapi aku cuba untuk tidak gentar,
Kerna aku yakin Allah sentiasa ada,
Untuk menjaga dan melindungiku,
Kala aku ditimpa malang dan musibah.

Terima kasih Ya Allah untuk ujian ini,
Kerna buatku sedar,
Tiada kuasa lain yang mampu menandingi kuasa-Mu ...

Hasil Karya : "Gadis Desa"

Lara Hati Si Gadis Desa

Petang itu,
Hujan turut lebat membasahi bumi Malaysia,
Terlihat seorang anak gadis,
Merenung ke luar jendela,
Menatap dalam ke arah awan hitam pekat,
Sambil tangan menadah air hujan,
Yang jatuh dari celahan atap zink,
Sambil tersenyum dengan pandangan mata,
Jelas kelihatan berkaca,
Tergambar sarat penuh derita,
Tapi tak siapa tahu,
Lara hati si gadis desa.

Tika gadis desa berbicara,
Merintih pilu dalam tangisan syahdu,
Siapa yang mendengar pasti turut tersentuh hati,
Mengenang perjalanan gadis desa ini,
Meniti tiap cobaan yang datang dalam hidupnya,
Di gelar si bisu tidak banyak bicara,
Namun tika bersama rakan dan keluarga tercinta,
Dalam sebuah ceritera kehidupan,
Yang tiap satunya punya rahsia tersendiri,
Untuk diceritakan....

Hasil Karya : " Gadis Desa "