Wednesday 25 April 2012

Semoga Kau Bahagia Duhai Kasihku

Assalamualaikum dan selamat malam semua...

Inilah entry pertama Gadis untuk hari ni...Sebelum ni Gadis dah ade blog tapi blog lame byk sgt kngn sbb name pena yang Gadis gunakan untuk tiap karya yang Gadis buat punya makna tersendiri ..Nama tu sbenarnya gabungan nama Gadis dengan seseorang..Gadis tak tau kenapa Gadis boleh fikirkan diri dia sedangkan sepatutnya bila kita berkarya,kita akn gbungkan dgn nama insan yang kita cinta..Tapi tak tau lah kenapa,bila Gadis nak berkarya,dia adalah sumber inspirasi Gadis.Tapi mungkin sekarang ni dia dah berpunya..Entahlah..Lepas Gadis habis study kt UiTM dulu,itulah kali terakhir Gadis berjumpa dengan dia..Gadis cuba menafikan rasa hati Gadis ni sebab Gadis takut bertepuk sebelah tangan dan mungkin jugak rasa hati Gadis untuk dia sekadar minat ataupun suka semata2 je...Dan Gadis jugak tidak mahu lagi memikirkan perasaan yang tidak pasti itu lagi ..Tambahan pulak,mana lah layak perempuan macam Gadis ni nak berganding ngn "lelaki idaman malaya" macam dia tue...Bila tengok blog Gadis yang sebelum ni,blh kte 60%berkaitan dengan dia..So this time,Gadis tak mau lagi create entry yang berkait dengan diri dia sebab Gadis nak lupakan dia dan jugak "seseorang" ...

Dia dah lama menanti Gadis..10 tahun lamanya..Since sekolah lagi..Die tingkatan 2 Gadis pulak tingkatan 1.Pada mulanya Gadis anggap die abg je..Memang itulah perasaan Gadis pada dia sebenarnya..Tapi dalam masa yang sama,Gadis tak sedar cinta sejati depan mata..Gadis butakan mata,pekakkan telinga bila dia lamar Gadis..Gadis terlalu memilih..Dan sekarang,selepas 10 tahun,akhirnya perasaan Gadis pada dia mulai muncul..Tapi,bila mana Gadis dah mula sukakan die dan pernah merancang masa depan kami,Gadis dapat tahu dia dah nak berkahwin dengan perempuan yang dia suka tapi tak cinta dan dalam masa yang sama terpaksa dengar cakap mak die...

Suka tapi tak cinta - Hal ini terjadi sebab die pernah cuba melupakan Gadis dengan cuba untuk bercinta dengan perempuan lain tapi dia tak boleh..Perempuan tersebut tahu jika hati nya setia pada Gadis seorang dan tika itu sebenarnya Gadis juga sudah terlalu cintakannya...Benarlah kata2 nya sebelum ini pada Gadis :

"Awak sebenarnya sukakan saya,dan saya yakin satu hari nanti awak akan cintakan saya 

kerana saya boleh nampak semua tu pada mata awak..Cuma awak je yang tak sedar.Cinta

saya pada awak ikhlas dan akan tetap kekal begitu hingga saya mati.Ini janji saya pada 

awak."

Ya Allah,sayunya hati Gadis mengenang kembali bait kata tersebut.Lagi sedih bila mengenang kembali hati Gadis ini sebenarnya hanya untuk dia seorang tapi Gadis dah terlambat...Semuanya dah terlambat..Emaknya yang dulunya sukakan Gadis untuk jadi menantunya walaupun tidak pernah bersua muka juga turut bersetuju jika si dia berkahwin dengan perempuan tersebut..Mereka juga pernah buat keputusan untuk berkahwin tapi sejak Gadis muncul kembali,harapan si dia mula berputik kembali.Tapi,nasi dah jadi bubur..Bila difikirkan semula,Gadis umpama orang tengah yang hanya akan meretakkan lagi hubungan yang sedia retak tue...Dalam masa yang sama,si dia jugak punya banyak rahsia yang tidak diceritakan kepada Gadis tak pernah salahkan dia sebab Gadis tau ape juga tindakan yang dia buat adalah bersebab..Dan kerana dia juga lah,hati Gadis mula tertutup pada lelaki lain yang mula mahu menjengah masuk ke dalam hati Gadis nie hinggalah sekarang...

Tika mana Gadis sedang sakit,dia lah yang berada di sisi Gadis.Gadis terharu sangat..Dan kerana hal itu lah buat gadis tidak mahu lagi bercinta dengan lelaki lain.Tapi,apa guna Gadis berharap pada si dia yang bakal berkahwin tak lama lagi..Lagi pulak Gadis juga telah melukakan hati wanita lain dan hal itu buat Gadis bertekad untuk tidak lagi menghubungi si dia dan membenarkan hubungan mereka berdua biarlah berkekalan hingga ke akhirnya...

" Buat awak,belajar lah untuk mencintai dia kerana dialah jodoh terbaik yang terbaik untuk awak di dunia ni..Saya tak mahu berharap tapi hanya mampu berdoa semoga saya tabah dan mampu hadapi tiap rintangan yang datang dalam hidup saya sepertimana mana yang awak pernah beritahu saya sebelum ni.Awak tak lagi ade di sisi saya secara fizikalnya,tapi percayalah hati awak tlah terletak di satu sudut hati saya yang paling dalam..Terima kasih sebab hadir dalam hidup saya,beri saya kekuatan kala saya dalam kesedihan,awak banyak bagi saya dorongan.Terima kasih jugak sebab awak telah hadir dalam hidup saya lalu menyedarkan saya bahawa saya jugak mencintai awak..Tapi mungkin cinta kita setakat itu je..Saya akan simpan semua memori kita seperti yang awak harapkan..Berbahagia lah dengan si dia..Jangan risaukan saya..Allah ada untuk jaga saya di sini...Kita akan berjumpa lagi bila sudah tiba masanya..."

# BisikanHatiSiGadisDesa #

No comments:

Post a Comment